Soalan Yang Selalu Pemilik Rumah Tanya
Harga rumah bukan ditentukan berdasarkan harga jiran jual atau harga yang diiklankan. Saya akan bantu semak transaksi sebenar di kawasan anda supaya rumah dipasarkan pada harga yang tepat.
Ya. Kebanyakan rumah subsale masih mempunyai baki pinjaman. Saya akan bantu semak baki pinjaman dan uruskan proses jualan sehingga selesai.
Ia bergantung kepada lokasi, harga dan permintaan pasaran. Rumah yang dipasarkan dengan harga yang tepat biasanya lebih cepat mendapat pembeli.
Tidak. Tiada bayaran dikenakan untuk semakan harga pasaran atau konsultasi awal. Komisen hanya dibayar selepas jual beli berjaya diselesaikan.
Tidak semestinya. Saya akan cadangkan hanya jika terdapat perkara yang benar-benar boleh membantu meningkatkan nilai rumah atau memudahkan jualan.
Kebiasaannya berpunca daripada harga tidak tepat, pemasaran terhad atau iklan tidak sampai kepada pembeli yang sesuai.
Saya akan semak semula strategi pemasaran, harga dan maklum balas pembeli supaya peluang mendapatkan pembeli menjadi lebih tinggi.
Kos bergantung kepada keadaan rumah seperti baki pinjaman, RPGT (jika berkaitan) dan beberapa kos lain. Saya akan jelaskan semuanya lebih awal.
Biasanya hanya salinan IC dan salinan geran atau SPA. Jika ada dokumen tambahan diperlukan, saya akan maklumkan kepada anda.
Proses bermula dengan semakan harga pasaran, pemasaran, viewing, rundingan harga, tandatangan dokumen dan penyerahan kunci selepas transaksi selesai.

